Biodata, Profail dan Latar Belakang Cliff Umar

Berikut adalah Biodata, Profail dan Latar Belakang Cliff Umar yang dikemaskini pada 22 Apr 2021.Cliff Umar (nama Islam Abdullah Umar Joseph Abdullah;[1] lahir Clifford Hugh Joseph; 22 Disember 1982), sebelum ini dikenali sebagai Boy Clifford merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia, beliau terkenal sebagai vokalis kumpulan Projek Pistol yang turut dianggotai oleh Edrie Hashim.[2] Pada tahun 2020, beliau merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ketujuh, dinobatkan sebagai juara.



Kerjaya Cliff Umar dalam bidang muzik bermula sebagai penyanyi di kelab malam.[1] Beliau menyertai Projek Pistol sebagai vokalis utama. Ahli lain termasuk Edrie Hashim (gitar), Zham Badri (bes) dan Pae Nasir (dram). Projek Pistol telah menikmati kejayaan muzik sejak penubuhan pada 2010 dan telah menerbitkan dua album studio. Mereka telah dijemput ke Anugerah Juara Lagu ke-26 pada tahun 2011 dengan lagu popular mereka tulisan Cliff iaitu “Wanita Seluruh Dunia” serta mewakili Malaysia ke Hong Kong Asia Pop Music Festival.

Beliau pernah dijemput sebagai pasangan duet Puteri Caroline di konsert Mentor 6 pada tahun 2012 menerusi lagu Bohemian Rhapsody nyanyian asal kumpulan Queen. Beliau juga menjadi pasangan duet kepada Stacy pada tahun yang sama bagi rancangan Astro Mania dengan lagu Total Eclipse of the Heart. Pada tahun 2016, beliau pernah dijemput sebagai penyanyi undangan di konsert Gegar Vaganza musim ketiga sebagai pasangan duet Nora menerusi lagu “Bring Me To Life” nyanyian asal kumpulan Evanescence. Pada tahun 2020, beliau telah menjadi vokalis jemputan untuk Meet Uncle Hussain bagi projek Fasa 5.

Cliff Umar
Nama lahir Clifford Hugh Joseph
Juga dikenali sebagai
  • Boy Clifford
  • Abdullah Umar Joseph Abdullah
  • Cliff Umar Joseph
Kelahiran 22 Disember 1982 (umur 38)
Malaysia
Genre Rock
Pekerjaan Penyanyi
Instrumen Vokal
Tahun aktif 2000–kini
Pengkarya berkait
Projek Pistol

FOTO

VIDEO

 

Biodata, Profail dan Latar Belakang Amylea Azizan



One thought on “Biodata, Profail dan Latar Belakang Cliff Umar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *